Powered by Blogger.
Showing posts with label Walimatulurus. Show all posts
Showing posts with label Walimatulurus. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Majlis Walimatulurus di Parit Kangkong, Parit Jawa, Muar.

Tarikh : 8 Februari 2014
Tempat : Parit Kangkong, Muar.
Tuan Rumah : En. Md. Mokhtar Bin Suib

Kami mendapat jemputan untuk membuat persembahan sempena perkahwinan anak beliau iaitu Muhammad Firdaus dan pasangannya Norliyana Binti Sulaiman.

Berkumpul seawal jam 12 untuk membuat persiapan dan terus berkumpul di rumah pengantin. kami menjamu selera terlebih dahulu dan berehat sementara menanti waktu zohor. Jam 2 petang kami memulakan dengan mengiringi pengantin dari rumah bersanggah hingga ke halaman rumah pengantin dengan alunan gendang berjalan.
                                                                 


Kemudian, kami terus ke tempat khas yang disediakan untuk kumpulan kami membuat persembahan sehingga selesai jam 4.30 ptg diselangi dengan DJ karaoke. Sepanjang waktu itu, halua telinga tetamu di hidangkan dengan berbagai - bagai rentak gendang.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami dan berharap dapat berjumpa pada lain waktu. sekian terima kasih. 




                             



                                                                    







Read more...

Tuesday, April 30, 2013

Walimatulurus di Taman Sakeh , Sungai Abong Muar




Tarikh: 24 Fabuari 2013
Tempat: Taman Sakeh , Sungai Abong Muar , Johor .


Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang dan mengiringi persilat dari Persatuan Silat Gerak Lincah Cawangan Muar di majlis walimatulurus di Taman Sakeh Muar . Kami memulakan perjalanan pada jam 11.00pagi . Setibanya kami di majlis , tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dengan memainkan beberapa lagu .


kami memulakan paluan gendang dengan memainkan beberapa lagu
  Majlis tersebut diteruskan lagi dengan persembahan persilat dari  Persatuan Silat Gerak Lincah Cawangan Muar . Beberapa aksi menarik yang dapat ditunjukkan dari persilat . Kami terus mengiringi persilat untuk memeriahkan majlis 
Persilat bersedia untuk membuat persembahan

aksi yang ditunjukkan oleh persilat


 


kami mengiringi persilat

Tepat sahaja jam 2.00petang , semua persilat berkumpul untuk menyambut ketibaan raja sehari dan kami berhenti seketika untuk memberikan persembahan iringan dari kumpulan kompang .
persilat mengiringi pasangan raja sehari

 Sebaik sahaja sepasang pengantin tiba , majlis diteruskan lagi dengan persembahan persilat dan kami mengambil tempat sekali lagi untuk memulakan paluan gendang untuk mengiringi persilat . Kesemua persilat terus menunjukkn aksi aksi menarik mereka dengan bermain di atas kaca . Kami terus bergendang bagi memberi semangat kepada persilat untuk memeriahkan majlis .



Tepat jam 4.00 petang, kami menamatkan persembahan gendang dan berkemas kemas untuk beransur pulang, sebelum pulang sempatlah juga kami menjamah juadah yang telah disediakan . Dan perjalanan pergi dan pulang kami semuanya dalam keadaan selamat.  Alhamdulillah.

Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis walimatulurus ini.

Wassalam ..

Read more...

Friday, January 4, 2013

Walimatulurus di Bukit Piatu, Melaka

Tarikh : 30 Disember 2012

Tempat : Bukit Piatu, Melaka



KGLM meneruskan lagi persembahan di Bukit Piatu, Melaka mengiringi persembahan silat dari Persatuan Gerak Lincah Cawangan Melaka.  Bertolak dari Muar pukul 11.30 pagi dan sampai ke perkarangan rumah pengantin lalu mengambil tempat untuk bergendang.  Persembahan kami bermula ketika acara silat di hadapan pengantin dan berterusan selama hampir setengah jam hingga selesai.  Setelah itu, kami menjamah juadah yang disediakan dan bersiap-siap untuk pulang.

Maka dengan ini, berlabuhlah tirai persembahan kami untuk tahun 2012.  Segala salah silap semasa persembahan sepanjang tahun kami pohon ribuan ampun maaf.  Jumpa lagi di tahun 2013.

Wassalam

Read more...

Tuesday, December 18, 2012

Majlis Walimatulurus di Melaka

2 Disember 2012

Tempat : Pekan Kandang, Melaka

Assalamualaikum w.b.t..

Undangan untuk bergendang pada kali ini ke bumi Melaka bagi mengiringi persilatan dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah bagi memeriahkan lagi Majlis Walimatulurus di Kandang, Melaka.



Kami bertolak dari Parit Jawa pada jam 11.00 pagi dan menuju ke lokasi persembahan.  Setibanya kami di sana, persiapan tempat di kemaskini dan menukar pakaian untuk bergendang terus dilaksana untuk persediaan awal sebelum memulakan persembahan.

Jam 1.30 petang, ketibaan pengantin disambut paluan kompang hingga ke halaman rumah, dan paluan gendang bermula mengiringi persembahan silat di hadapan pengantin yang silih berganti hingga selesai.  Kemudian, kami mengambil tempat untuk bermain sekali lagi untuk mengiringi persembahan silat ketika pengantin makan berdamai hingga selesai.

Jam 3.30 petang, kami beransur pulang ke Muar, dan perjalanan pergi dan balik semuanya dalam keadaan selamat.  Alhamdulillah.

Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah dan Persatuan Seni Silat Gerak Lincah kerana sudi menjemput kami bergendang pada kali ini.

Wassalam.




Pemain KGLM terlibat :
Zahir - Serunai
Fariq - Gendang Ibu
Farhan - Gendang Anak
Shah - Gong

Read more...

Sunday, October 21, 2012

Majlis Walimatulurus di Bukit Piatu, Melaka

23 SEPTEMBER 2012

Masa :  2.00 petang

Perjalanan kami dari Muar bermula pada 12.00 tengahari menuju ke negeri Melaka.  Kami selamat tiba lebih kurang pada jam 1.30 petang.  Tanpa berlengah, persiapan terus dibuat untuk memastikan kelancaran semasa persembahan dijalankan.  Sempatlah kami memainkan dua lagu sebagai pembukaan sebelum acara kemuncak.




Paluan kompang bergema mengiringi pengantin disambut oleh pesilat-pesilat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah, Muar dan Bukit Piatu Melaka.  Rentak irama gendang KGLM pula berbunyi mengiringi persembahan-persembahan silat pengantin, dan terus diikuti dengan aksi berpasukan dan tempur.  Paluan gendang masih lagi kedengaran mengiringi aksi akrobatik hingga selesai.




Jam 3.30 petang, selesai menjamah juadah kami berkemas-kemas dan berangkat pulang semula ke Muar.  Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami mempersembahkan irama gendang dalam majlis tersebut.  Terima kasih.

Wassalam.

Read more...

Majlis Walimatulurus di Parit Keroma, Muar

7 SEPTEMBER 2012

Masa :  9.00 malam

Kami dijemput untuk bergendang di Majlis Walimatulurus tidak beberapa jauh dari bandar Muar.  Bertolak selepas Maghrib kami terus menuju ke Masjid Jamek Parit Keroma.  Selepas Isyak, kami terus ke kediaman pengantin untuk membuat persiapan melaras peralatan gendang.



Sementara menanti ketibaan pengantin, kami memainkan beberapa buah irama gendang sehingga paluan kompang mengiringi ketibaan pengantin.  Paluan gendang diteruskan lagi untuk mengiringi persilatan dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar sehingga selesai.  Irama gendang masih lagi berterusan hingga berakhirnya majlis lebih kurang jam 11.00 malam dan kami terus dipelawa ke meja jamuan.


Terima kasih kepada wakil tuan rumah "Wan Giant" kerana menjemput kami membuat persembahan pada kali ini.

Wassalam

Read more...

Friday, June 22, 2012

BERGENDANG DI NEGERI MELAKA



9 JUN 2012


Kumpulan Gendang Lawi Merah kali ini dijemput untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan di Kampung Bukit Punggur, Telok Mas, Melaka. Paluan gendang dimulakan pada jam 1230 menyambut ketibaan mempelai raja sehari. Irama gendang juga turut mengiringi persembahan silat dari Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka sehingga selesai. Namun persembahan Lawi Merah masih berterusan sehingga pasangan pengantin duduk untuk upacara makan beradab. Lebih kurang jam 1400 kami berkemas-kemas dan beransur pulang semula ke Muar.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil tuan rumah kerana sudi menjemput kami membuat persembahan di majlis perkahwinan pada kali ini.

Wassalam.

Read more...

Friday, May 4, 2012

Walimatul Urus di Bukit Pasir

28 Mac 2012


KGLM menerima undangan bergendang bagi memeriahkan lagi di Majlis Walimatul Urus di Kampung Parit Masjid, Bukit Pasir.


Pada jam 1.00 tengah hari, KGLM memulakan persembahan dengan lagu-lagu selingan. Selain itu, KGLM juga telah mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Ledang.


Pada jam 3.30 petang tamatlah tugas kami bergendang pada hari ini. Warga KGLM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan rumah iaitu En. Zool Fadli bin Abd. Aziz kerana sudi mengundang dan menjemput kami membuat persembahan di rumah beliau dan layanan mesra yang diberikan.

Read more...

Sunday, April 8, 2012

Kami Ke Bangi dan Kajang,Selangor

24 Mac 2012
9.00 Malam



Buat kali pertama KGLM mendapat undangan bergendang di majlis walimatul urus di Bangi.Seramai empat orang ahli KGLM yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.Kami bergerak ke Bangi dari Muar jam 4.00 petang dan sampai ke tempat yang di janjikan pada jam 7.00 malam,majlis tersebut berlangsung di `Bang Golf Resort`.

Pada jam 9.30 malam KGLM memulakan persembahan bagi mengiringi kehadiran raja sehari dengan irama gendang istiadat dan diikuti dengan lagu-lagu selingan.Selain itu,kami juga ada mengiringi persembahan silat dari beberapa Persatuan Seni Silat.
Persembahan Kompang dari keramat
Pasangan Raja Sehari ,Persandingan Dua Pasang Pengantin


Persembahan KGLM berakhir jam 11.00 malam,kami mengucapkan jutaan terima kasih pada Tuan rumah kerana sudi mengundang KGLM bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan layanan yang baik terhadap kami.

KGLM tidak berhenti sini kerana selapas ini KGLM akan terus ke Kajang.Kami berhasrat untuk terus ke satu lagi majlis iaitu `Majlis Malam Wajadiri PLKU` bersama-sama Kump Gendang Gemala Kasturi untuk bergendang disana.

Hajat untuk bergendang bersama-sama mereka tidak kesampaian kerana kami sampai agak lambat,itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersama mereka.

walaupun kepenanat bergendang tetapi tetep melontarkan senyuman yang berseri


Terima kasih ucapan dari KGLM untuk semua.

Read more...

Wednesday, March 14, 2012

KGLM ke Kampung Solok Wan Moh,Batu Pahat.

11 Mac 2012
12.30 Tengah Hari


Kali ini KGLM mendapat undangan bergendang bagi memeriahkan lagi majlis walimatul urus di Kampung Solok Wan Moh.

Persembahan kami dimulakan dengan lagu-lagu selingan,



persembahan kami tamat lebih awal kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
Warga KGLM mengucapkan terima kasih pada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput kami serta layanan yang baik terhadap kami.

Read more...

Thursday, February 16, 2012

Majlis Walimatul Urus di Parit Pinang Seribu,Muar

12 Februari 2012
1.30 petang

Tugas kali ini, KGLM mendapat jemputan bergendang bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan di Parit Pinang Seribu,Muar.

Persembahan KGLM dimulakan dengan memainkan lagu-lagu selingan dan turut juga mengiringi persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Sendeng Daerah Muar.




Jam 4.00 petang tamatlah tugas kami pada hari ini,Warga KGLM mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.

Read more...

Thursday, February 9, 2012

Bergendang di Kampung Sri Lalang,Kluang

29 Januari 2012
12.00 Tengah hari

Tugas kami kali ini mendapat undangan untuk bergendang di Kluang. Kami bertolak seawal jam 10.30 pagi bersama-sama ahli Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar dan kami sampai pada jam 12.30 tengah hari. Setelah tiba di lokasi, kami menyusun peralatan di tempat yang telah disediakan dan sempatlah menjamah juadah yang disediakan dan berehat sementara menantikan kehadiran raja sehari.




Jam 2 petang, kami mula bergendang untuk persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar sementara menantikan kehadiran raja sehari.

Jam 4.00 petang tamatlah tugas kami bergendang pada hari ini. Warga KGLM mengucapkan terima kasih pada pihak tuan rumah.

Read more...

Bergendang di Temiang, Muar.

28 Januari 2012
12.00 Tengah hari


KGLM kali ini mendapat undangan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan di Temiang, Muar. Persembahan KGLM dimulakan dengan memainkan lagu-lagu selingan pada waktu tengah hari sehingga Zohor untuk berhenti rehat. Tugas KGLM bersambung jam 1.30 petang dengan memainkan lagi beberapa lagu selingan sementara menanti kehadiran mempelai pengantin.






Kami juga turut mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar dan juga dari Persatuan Silat Sendeng Jati. Alhamdulillah perjalanan progam berjalan dengan jayanya.


Jam 3.30 petang tamatlah tugas kami bergendang pada hari ini. Warga KGLM mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.

Read more...

Thursday, January 5, 2012

Walimatul Urus di Felda Taib Andak, Kulai,Johor

1 Januari 2012
12.00 Tengahari

Tugas kali ini,kami mendapat jemputan dari wakil tuan rumah untuk bergendang bagi menjayakan satu lagi majlis perkahwinan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Kami tiba ke destinasi pada jam 12.00 tengah hari setelah menempuh 2 jam perjalanan. Sempatlah kami bersantai dahulu menikmati juadah yang disediakan sebelum memulakan acara.

Acara kami bermula pada jam 2.00 petang dengan mengalunkan irama istiadat serta mengiringi acara persilatan dari Seni Silat Sendeng Malaysia dan memainkan irama-irama gendang silat aliran utara secara berselang seli dengan karaoke. Pada jam 4.45 petang, tugas kami sampai ke penghujungnya.


semasa membuat persembahan

Pelapis-pelapis KGLM juga membuat persembahan


Ketika sedang beristirehat



Jam 5.30 petang kami beransur pulang ke Muar. Warga KGLM mengucapkan jutaan terima kasih pada tuan rumah iaitu Haji Mohd bin Aman kerana sudi menjemput kami bergendang di sana.

Read more...

Sunday, December 25, 2011

Majlis Walimatul Urus di Sungai Rambai, Melaka

24 December 2011
2.00 Petang

Tugas kali ini,kami menerima jemputan bergendang bagi memeriahkan majlis perkahwinan di Sungai Rambai, Melaka.

Persembahan KGLM dimulakan dengan memainkan lagu-lagu selingan dan turut juga mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar

kami warga KGLM

persembahan dari Silat Gerak Lincah

adik-adik KGLM juga membuat persembahan


Jam 3.30 petang tamatlah tugas kami bergendang pada hari ini. Warga KGLM mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil tuan rumah iaitu En. Maheran bin Ramli kerana sudi menjemput kami membuat persembahan di rumahnya.

Read more...

Tuesday, December 13, 2011

Majlis Walimatul Urus Di Taman Cempaka,Parit Jawa,Muar

12 December 2011

9.00 malam

KGLM mendapat undangan bagi menjayakan lagi majlis perkahwinan tersebut dengan memainkan irama lagu berjalan aliran utara dan istiadat. Kami juga turut mengiringi beberapa aksi persilatan dari beberapa persatuan silat iaitu Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar, dan beberapa lagi persatuan yang turut serta. Lebih memeriahkan lagi apabila pengantin lelaki juga turut membuat persembahan pada majlis beliau.

persembahan dari ahli KGLM


serunai:syaris, gendang anak:ajim, gendang ibu:taufiq dan gong:rasidin


serunai: zahir, gendang anak: farhan, gendang ibu: farid, dan gong:rasidin

KGLM membuat persembahan bermula dari jam 9.00 malam hingga jam 11.30 malam. Perjalanan persembahan kali ini berjalan dengan lancar.

:KGLM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengantin iaitu En. Syukri bin Junaidi kerana sudi menjemput kami dalam memeriahkan lagi majlis tersebut.

Read more...

Monday, December 12, 2011

Majlis Walimatul Urus di Parit Raja Darat, Muar


11 Disember 2011

KGLM menerima undangan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan di daerah Muar. Persembahan KGLM dimulakan dengan memainkan lagu-lagu selingan pada waktu tengah hari sehingga Zohor untuk berhenti rehat. Tugas kami bersambung kembali pada jam 1.30 petang dengan memainkan lagi beberapa buah lagu sebagai selingan sementara menanti kehadiran mempelai pengantin.
Raja Sehari


Kami juga turut mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar dan juga dari Persatuan Silat Sendeng Jati. Alhamdulillah perjalanan program keseluruhan berjalan lancar walaupun pada awalnya ketibaan kami disambut dengan rintikan gerimis sebentar.




Jam 3.30 petang tamatlah tugas kami bergendang pada hari ini. Warga KGLM mengucapkan terima kasih kepada wakil tuan rumah iaitu En. Mohd Shah bin Amir kerana sudi menjemput kami membuat persembahan di majlis walimatul urus adindanya.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP