Walimatulurus di Bukit Piatu, Melaka
Tarikh : 30 Disember 2012
Tempat : Bukit Piatu, Melaka
KGLM meneruskan lagi persembahan di Bukit Piatu, Melaka mengiringi persembahan silat dari Persatuan Gerak Lincah Cawangan Melaka. Bertolak dari Muar pukul 11.30 pagi dan sampai ke perkarangan rumah pengantin lalu mengambil tempat untuk bergendang. Persembahan kami bermula ketika acara silat di hadapan pengantin dan berterusan selama hampir setengah jam hingga selesai. Setelah itu, kami menjamah juadah yang disediakan dan bersiap-siap untuk pulang.
Maka dengan ini, berlabuhlah tirai persembahan kami untuk tahun 2012. Segala salah silap semasa persembahan sepanjang tahun kami pohon ribuan ampun maaf. Jumpa lagi di tahun 2013.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment