Powered by Blogger.

Wednesday, June 8, 2011

Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam (Hari Pertama)

4 Jun 2011
Lokasi : Melaka Mall, Ayer Keroh
Jam 11.30 pagi.

Kami memulakan perjalanan ke Melaka yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami sempat singgah sebentar untuk makan tengah hari di Bukit Katil, Melaka. Lebih kurang jam 1 petang, kami meneruskan perjalanan untuk menjejaki lokasi Melaka Mall, Ayer Keroh. Setibanya kami di sana kami terserempak dengan seorang rakan iaitu Masrizal yang terus mempelawa kami ke rumahnya yang terletak berhampiran Melaka Mall untuk solat dan memakai kelengkapan pakaian untuk bergendang.

Tepat jam 2 petang kami sampai ke Melaka Mall lalu terus mengambil tempat untuk bergendang dan persiapan 'tunning' peralatan masing-masing. Selepas itu, kami berjumpa dengan Saudara Abu Huzaifah iaitu sahabat dari Kumpulan Gendang Arya Putra lalu beliau turut memperkenalkan seorang lagi ahli dari Kumpulan Gendang Arya Putra kepada kami.



Sebahagian dari aksi peserta pada sesi petang 4 Jun 2011


Jam 3.00 petang, kami memulakan sesi memanaskan badan dengan memainkan irama gendang sebagai selingan. Sesi petang, kami hanya mengiringi 1 pasukan. Setelah itu, kami dimaklumkan pada sesi malam dan seterusnya memerlukan kami untuk mengiringi persembahan-persembahan silat bagi pasukan-pasukan yang tiada membawa kumpulan gendang sendiri.

Jam 6.00 petang, majlis ditangguhkan hingga jam 9.00 malam. Maka kami pun beredar ke Masjid MITC untuk berehat dan solat.

Jam 8.00 malam, kami tiba semula ke Melaka Mall lalu mencari 'food court' untuk makan malam.


Jam 8.30 malam, kami mengambil tempat untuk bergendang dan bersiap sedia. Namun atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan lalu, lokasi permainan di luar Melaka Mall terpaksa dipindahkan ke dalam bangunan Melaka Mall, lalu kami diarah untuk bermain gendang di atas pentas.

Jam 9.30 malam, bermulalah tugas-tugas kami untuk sesi malam mengiringi beberapa pasukan silat dengan irama gendang lagu berjalan, irama tari inai, irama pahlawan dan juga irama sunda. Ternyata tugas mengiringi persembahan silat selama 15 minit tanpa henti untuk satu pasukan merupakan satu cabaran hebat yang memerlukan stamina dan kekuatan mental. Satu pengalaman yang mencabar bagi kami KGLM yang masih baru. Namun, kami teruskan jua tugas yang disandang. Dalam kesibukan bergendang, sekilas pandang di khalayak penonton terlihat sahabat-sahabat seguru kami dari Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka. Namun kami masih belum dapat berjumpa kerana masih di dalam tugas.

Jam 10.45 malam, kami mengiringi ketibaan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan paluan Gendang Istiadat. Selepas itu, kami mengiringi 1 pasukan lagi untuk persembahan khas di depan Y.A.B. hingga selesai.

Jam 11.00 malam, kami berkemas-kemas dan terus menemui sahabat-sahabat kami dari Lela Rentaka untuk berkenalan. Tidak beberapa lama kemudian, kami meminta diri untuk pulang ke Muar.

3 comments:

sf June 9, 2011 at 1:42 AM  

Alhamdulillah, tahniah dan teruskan perjuangan dan mengembangkan irama ini kepada generasi seterusnya.

Batara Batu June 14, 2011 at 1:22 PM  

Adly KGLR~

giler ah mlm tu kitorg baru sampai dr ipoh..bertolak kul 4 ptg kul 10.30 baru sampai...

Mohd Zahir bin Mahfoz June 24, 2011 at 1:20 AM  

jauh tu perjalanan korang....tapi tak sia-sia korang datang...dtg kita gendang sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP