Powered by Blogger.

Thursday, May 26, 2011

Pembukaan Gelanggang Seni Silat Sendeng Malaysia di Tanjung Gading, Muar.

25 Mei 2011

Menerima jemputan mengiringi persembahan silat secara mengejut pada waktu siang jam 1 petang untuk bermain di waktu malam. Kebetulan ahli-ahli KGLM 'free', jadi kami setuju untuk mengiringi persembahan silat dalam majlis pembukaan gelanggang Seni Silat Sendeng Malaysia di Tanjung Gading, Muar.

Persembahan bermula selepas solat Isyak. Gelanggang bertempat di belakang Masjid At-Takwa, Tanjung Gading, Muar. Maka, sempatlah kami solat dahulu sebelum bermulanya persembahan.

Satu majlis yang ringkas tapi padat, maka kami bergendang mengiringi beberapa acara persilatan dan sedikit selingan gendang lagu berjalan ketika jamuan.Lebih kurang jam 11 malam tamatlah majlis dan bermulalah sesi mengemas peralatan untuk beransur pulang ke teratak masing-masing.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP