Powered by Blogger.

Thursday, September 29, 2011

BERGENDANG DI FESTIVAL HANG TUAH









Pada 24 dan 25 September 2011, Kumpulan Gendang Lawi Merah telah menyertai Festival Hang Tuah anjuran Perzim, Melaka.

Kumpulan Gendang Lawi Merah telah bertolak dari Parit Nipah ke lokasi iaitu, Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka tepat pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta. Seramai enam orang ahli kumpulan ini telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan festival pada kali ini. Dalam perjalanan, ahli kumpulan singgan bersarapan di Parit Jawa. Setelah selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Tepat jam 9.30 pagi, kami selamat tiba. Tanpa melengahkan masa, kami membuat persiapan dengan mempersiapkan peralatan gendang ke tempat yang telah disediakan. Selain itu, kami juga melengkapkan diri dengan persalinan gendang sementara menunggu pembukaan festival. Setelah semua persiapan dipastikan lengkap, tibalah masa yang dinanti. Tepat jam 10.30 pagi majlis bermula dengan persembahan silat dengan iringan gendang. Kemudian, kami diminta untuk ke pintu gerbang replika istana tersebut untuk menyambut tetamu. Majlis pada hari pertama tamat pada pukul 1.30 petang.

Pada 25 September 2011, iaitu berlangsungnya hari kedua bagi festival ini, kami bertolak seperti biasa dan kali ini kami singgah bersarapan di Parit Bakar. Pada hari ini, kami sampai ke destinasi lebih awal sikit berbanding hari pertama. Kami membuat persiapan dan berada di hadapan pintu gerbang untuk bermain gendang. Sebelum balik, kami sempat berkunjung ke gerai-gerai (booths) yang mengadakan pameran seperti keris, kraftangan dan pembuatan perahu. Kami juga sempat masuk ke dalam replika istana untuk melihat sendiri keunikan istana tersebut. Di kesempatan ini juga, kami mengambil peluang utntuk bersiar-siar melihat kota bersejarah ini. Setelah penat, kami mengatur langkah untuk pulang.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP