Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG
Tarikh: 24 Mac 2013
Tempat: SK Sri Menanti , Muar Johor .
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang sekali lagi dan mengiringi persilat dari Persatuan Silat Silat Sendeng di majlis Mesyuarat PIBG di Sekolah Rendah Sri Menanti , Muar . Kami memulakan perjalanan pada jam 8.00pagi . Setibanya kami di majlis , kami disambut baik oleh guru-guru di sekolah tersebut dan tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dengan memainkan beberapa lagu sebelum ketibaan perasmi majlis
![]() |
persiapkan peralatan |
memainkan beberapa lagu sebelum ketibaan perasmi |
![]() |
menungu ketibaan perasmi |
menunggu ketibaan perasmi |
Sebaik sahaja perasmi tiba di majlis tersebut , pesilat-pesilat pula mengambil bahagiaan untuk persembahan salam perkenalan daripada mereka , dan kami memulakan paluan gendang dan tiupan serunai bagi mengiringi para persilat . Selepas selesai , para tetamu khas di jemput untuk ke dewan utama untuk memulakan majlis . Sebaik sahaja majlis bermula , kami berhenti bermain dan majlis diteruskan dengan atucara selanjutnya . Selesai sudah , kami dijemput menjamu hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur .
Ribuan ucapan Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis tersebut .
Wasalam ..
0 comments:
Post a Comment