Powered by Blogger.

Thursday, October 20, 2011

Latihan Gendang Silat Alliran Utara Siri ke 3

Tarikh : 15 & 16 Oktober 2011

Tempat : Cheras, Kuala Lumpur


Perancangan kali ini dan di atas persetujuan tenaga pengajar dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi menetapkan tarikh 15 dan 16 Oktober 2011 untuk kami meneruskan pembelajaran dalam memainkan irama gendang silat aliran utara. Seramai 4 orang ahli dari Kumpulan Gendang Lawi Merah menyertai Latihan Gendang Silat siri ke 3 kali ini, walaupun di awal perancangan seramai 8 orang yang ingin menyertai, namun atas faktor masalah peribadi hanya 4 orang saja yang menyertai.

Seperti yang lalu, kami memulakan perjalanan lebih awal iaitu pada malam 14 Oktober 2011 bertujuan agar kami dapat berehat semalam sebelum memulakan latihan pada keesokkan harinya. Bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana perjalanan kami di malam hari berkeadaan lancar. Kami tumpang menginap di rumah salah seorang dari anggota Kumpulan Gendang Gemala Kasturi iaitu En. Khairul Hafiz selama 2 malam.

Latihan pada hari pertama bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kami diajar irama gendang lagu berjalan. Permainan irama rentak gendang diperkemaskan lagi dan ditambah lagi beberapa 'buah' dan 'selak'. Alunan irama serunai juga diperhaluskan lagi bunyi-bunyiannya. Maka, bergemalah irama gendang lagu berjalan sepanjang hari di bumi Kuala Lumpur.

Hari kedua, latihan irama gendang lagu berjalan diteruskan lagi pada sesi pagi. Pada sebelah petangnya kami diajarkan pula asas lagu silat. Sesi latihan hari kedua tamat pada jam 3 petang. Kami pun berehat dan beramah mesra bersama tenaga pengajar. Lebih kurang jam 5 petang kami beransur untuk pulang ke Muar, Johor.



Potret kenang-kenangan yang sempat dirakamkan untuk Latihan Gendang Silat Aliran Utara Siri ke 3

Penghargaan kami kepada warga Kumpulan Gendang Gemala Kasturi atas kesudian melapangkan masa mengajar kami irama gendang aliran utara. Terima kasih kepada Cikgu Ramli, En. Khairul, dan En. Shahrul kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam arena pergendangan silat aliran utara.


Jumpa lagi pada siri ke 4, insya Allah.

Wassalam..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP