Walimatulurus di Taman Sakeh , Sungai Abong Muar
Tarikh: 24 Fabuari 2013
Tempat: Taman Sakeh , Sungai Abong Muar , Johor .
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang dan mengiringi persilat dari Persatuan Silat Gerak Lincah Cawangan Muar di majlis walimatulurus di Taman Sakeh Muar . Kami memulakan perjalanan pada jam 11.00pagi . Setibanya kami di majlis , tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dengan memainkan beberapa lagu .
kami memulakan paluan gendang dengan memainkan beberapa lagu |
Persilat bersedia untuk membuat persembahan |
aksi yang ditunjukkan oleh persilat |
kami mengiringi persilat |
Tepat sahaja jam 2.00petang , semua persilat berkumpul untuk menyambut ketibaan raja sehari dan kami berhenti seketika untuk memberikan persembahan iringan dari kumpulan kompang .
persilat mengiringi pasangan raja sehari |
Sebaik sahaja sepasang pengantin tiba , majlis diteruskan lagi dengan persembahan persilat dan kami mengambil tempat sekali lagi untuk memulakan paluan gendang untuk mengiringi persilat . Kesemua persilat terus menunjukkn aksi aksi menarik mereka dengan bermain di atas kaca . Kami terus bergendang bagi memberi semangat kepada persilat untuk memeriahkan majlis .
Tepat jam 4.00 petang, kami menamatkan persembahan gendang dan berkemas kemas untuk beransur pulang, sebelum pulang sempatlah juga kami menjamah juadah yang telah disediakan . Dan perjalanan pergi dan pulang kami semuanya dalam keadaan selamat. Alhamdulillah.
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis walimatulurus ini.
Wassalam ..
0 comments:
Post a Comment