Powered by Blogger.

Wednesday, April 29, 2015

MAJLIS WALIMATULURUS DI SEROM 3, LEDANG JOHOR

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah di penghujung bulan April ini kami dapat bersama beraksi sekali lagi bagi memeriahkan suasana majlis walimatulurus di Kampung Serom 3, Ledang Johor Darul Takzim. 

Seawal jam 1030 kami berkumpul bagi mempersiapkan segala peralatan kami untuk persembahan. Dan tepat jam 1100 kami bertolak dan tiba di kampung serom 3 seawal jam 1200. Kami memulakan persiapan kami di kediaman tuan rumah pula sebaik sahaja tiba sebelum kami memulakan persembahan. Persembahan kami bermula dengan memainkan beberapa buah lagu rakyat sebelum menunggu ketibaan pasangan raja sehari untuk dirai. 

Pada jam 1400 ketibaan pasangan raja sehari dan rombongan serta diiringi dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang di kampung ini tiba di kediaman tuan rumah. Sebaik sahaja pengantin tiba, majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan persilatan dan diiringi persembahan mereka dengan alunan paluan gendang dari kami bagi menaikkan semangat dan memberi satu suasana yang menarik dan meriah. Selesai persembahan mereka kami memberi laluan kepada DJ yang bertugas untuk acara seterusnya. Sesudah itu, kami meneruskan lagi persembahan kami dengan memainkan beberapa buah lagu bagi menyambut kehadiran tetamu dan menaikkan suasana sekeliling.

Tepat jam 1600 kami menamatkan persembahan kami di sini. Kami berasa gembira dengan sambutan pihak tuan dan komuniti di kampung ini senang dan terhibur dengan persembahan kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana menerima persembahan dari kami bagi memeriahkan lagi majlis ini. Segala apa kekurangan semasa kami membuat persembahan ini adalah dari kami, dan yang baik itu jua dari Allah SWT. Sekian.

Yang terlibat: 
- Muhd Zahir
- Muhd Taufik
- Muhd Shariz
- Muhd Fitri
- Muhd Nor Azman

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP