Majlis Walimatulurus di Parit Keroma, Muar
7 SEPTEMBER 2012
Masa : 9.00 malam
Kami dijemput untuk bergendang di Majlis Walimatulurus tidak beberapa jauh dari bandar Muar. Bertolak selepas Maghrib kami terus menuju ke Masjid Jamek Parit Keroma. Selepas Isyak, kami terus ke kediaman pengantin untuk membuat persiapan melaras peralatan gendang.
Sementara menanti ketibaan pengantin, kami memainkan beberapa buah irama gendang sehingga paluan kompang mengiringi ketibaan pengantin. Paluan gendang diteruskan lagi untuk mengiringi persilatan dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar sehingga selesai. Irama gendang masih lagi berterusan hingga berakhirnya majlis lebih kurang jam 11.00 malam dan kami terus dipelawa ke meja jamuan.
Terima kasih kepada wakil tuan rumah "Wan Giant" kerana menjemput kami membuat persembahan pada kali ini.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment