Kembara Mahkota Johor 2011, Daulat Tuanku
Bismillahirrahmanirrahim
21 Jun 2011
Lokasi : Tangkak
Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar ketika Kembara Mahkota Johor 2011 singgah di Ledang.
Kami bertolak seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakkan kerana dijangkakan banyak jalan yang ditutup. Kami tiba jam 12.30 tengah hari dan keadaan lalulintas seperti yang dijangkakan, laluan utama telah ditutup. Kami segera ke lokasi persembahan untuk mengambil tempat dan 'tunning' peralatan. Peralatan-peralatan gendang dan serunai diperiksa kali kedua untuk memastikan irama ketika persembahan berjalan lancar. Dijangka program bermula jam 2.00 petang, maka dapatlah kami berehat dahulu.
Lebih kurang jam 1.35 petang, kami bersiap untuk salin pakaian seragam, sementara menantikan saat-saat yang ditunggu. Sempatlah kami merakamkan gambar2 untuk kenang-kenangan.
Suasana jalan utama di Tangkak yang telah ditutup
Selesai persembahan, kami menunggu keberangkatan baginda sultan untuk ke destinasi seterusnya. Kami pun bersiap-siap mengemas peralatan dan disimpan ke dalam kereta. Dalam perjalanan pulang (masih di area Tangkak) kami singgah minum dan bersembang-sembang sebentar bersama rakan-rakan silat sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Akhir kata, terima kasih kepada Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar yang mempelawa kami bersama-sama untuk bergendang bagi mengiringi persembahan silat di hadapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment