Majlis Walimatulurus di Bukit Piatu, Melaka
23 SEPTEMBER 2012
Masa : 2.00 petang
Perjalanan kami dari Muar bermula pada 12.00 tengahari menuju ke negeri Melaka. Kami selamat tiba lebih kurang pada jam 1.30 petang. Tanpa berlengah, persiapan terus dibuat untuk memastikan kelancaran semasa persembahan dijalankan. Sempatlah kami memainkan dua lagu sebagai pembukaan sebelum acara kemuncak.
Jam 3.30 petang, selesai menjamah juadah kami berkemas-kemas dan berangkat pulang semula ke Muar. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami mempersembahkan irama gendang dalam majlis tersebut. Terima kasih.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment