Powered by Blogger.

Friday, June 6, 2014

Majlis Walimatulurus Di Kampung Kelantan, Muar.

Majlis Walimatulurus Di Kampung Kelantan, Muar.
24 Mei 2014

Kali ini kami mendapat tempahan untuk memeriahkan majlis walimatulurus. Kami berkumpul seawal jam 11.00 pagi di rumah Saudara Taufik bagi mempersiapkan peralatan dan juga persiapan diri. Jam 12.00 tgh hari kami bergerak ke rumah pengantin dan membuat persiapan bersama - sama dengan kumpulan persilatan Seni Silat Sendeng dari Tanjung Agas.

Sedang bergendang

Jam 2 petang, kami mengiringi pasangan mempelai dari rumah persanggahan ke rumah pengantin dengan paluan gendang. Kemudian kumpulan persilatan membuat persembahan sambil diiringi oleh kumpulan kami.
Mengalunkan lagu - lagu yang ada
Persembahan kami diteruskan dengan beberapa buah lagu sehingga jam 4.00 petang diselangi dengan DJ karaoke yang amat 'sporting'. Setelah selesai membuat persembahan, kami dijemput untuk menjamu selera dan kemudian beransur pulang. kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah dan pasangan mempelai kerana menjemput kami bagi memeriahkan majlis tersebut. Wassalam.

Yang terlibat di dalam persembahan :-
1. Mohd Zahir Bin Hj. Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP