Powered by Blogger.

Wednesday, July 9, 2014

Majlis Walimatulurus di Pasir Gudang Johor


Tarikh: 07.06.2014
Tempat: Taman Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

   Assalamualaikum. Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah menerima tempahan bergendang di majlis walimatulirus di Pasir Gudang, Johor. Kami berkumpul seawal 7.00pagi bagi memastikan segala kelengkapan kami dalam keadaan sempurna. Kami bertolak jam 8.00pagi dan tiba di tempat yang di tuju pada jam 11.00pagi.

   Ketibaan kami di sambut oleh tuan rumah dan dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu. Selepas itu, tanpa melengahkan masa lagi, kami terus bersiap untuk meneruskan acara majlis ini. Kami bermain sehingga jam 12.30tgh dan berselang-selikan bersama DJ yang bertugas. Kemudian kami berehat seketika sambil menanti ketibaan pasangan pengantin untuk diarak.

Sedang berehat seketika.

  Setibanya pasangan pengantin, kami memulakan perarakan sambil diiringi beberapa pengiring yang berbusana melayu sehingga ke rumah pengantin. Acara diteruskan dengan persembahan silat oleh persilat-pesilat yang terlibat. Kami menamatkan persembahan kami pada jam 3.30petang.

Bergambar bersama pengantin lelaki sebelum pulang.
 Sebelum kami pulang, kami sempat menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Kami bertolak pulang pada jam 4.30petang dan tiba ke destinasi masing-masing pada jam 9.00malam. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis.

Yang terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Fariq Bin Abdullah
4. Muhammad Shahnazryn Bin Samsudin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP