Powered by Blogger.

Monday, March 31, 2014

Majlis Walimatulurus Di Kluang Johor




Tarikh : 21 - 22 Mac 2014
Tempat : Kuarters Pejabat Verterina, Kluang Johor.


 Assalamualaikum. Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah menerima tempahan bergendang di majlis walimatulirus di Kluang Johor. Tempahan kali ini kami bermain dua kali iaitu pada hari Jumaat malam dan Sabtu tengahari. Kami berkumpul sawal jam 6.00petang pada hari jumaat. Sesampai di rumah tuan rumah kira-kira pada jam 8.00 malam. Kami disambut oleh pihak tuan rumah sebagai orang baru yang akan memeriahkan lagi majlis ini.

Di waktu malam , kami bermain selepas selesai majlis pernikahan raja sehari. Kami memainkan beberapa buah lagu bagi memeriahkan suasana malam tersebut. Kami menamatkan persembahan kira kira jam 11.30malam .

Pada hari sabtu pula, kami mula bersiap - siap menyambut ketibaan raja sehari pada jam 1.30 petang. Kami bermain untuk mengiringi pasangan raja sehari mengarak sehingga ke dalam rumah. Selesai mengiringi raja sehari, kami mengambil tempat yang disediakan untuk meneruskan persembahan kami dengan memainkan beberapa buah lagu. Persembahan kami bergilir - gilir bersama kumpulan 'live band' yang dijemput tuan rumah.

Persembahan kami untuk petang itu tamat pada jam 4.30 petang . Sebelum pulang kami sempat untuk menjamu selera yang telah disediakan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih buat tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan majlis ini. Segala kesulitan dan kekurangan kami , kami memohon ampun dan maaf. Sekian.

Yang terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP