Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2012

Majlis Penangguhan Gelanggang Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar


14 Julai 2012

Assalamualaikum W.B.T
Pada hari ini kami dijemput bergendang di Majlis Penangguhan Gelanggang, Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar, di Parit Samsu, Parit Jawa, Muar.  Kami berada di lokasi selepas Maghrib untuk persediaan menyusun peralatan.  Pada majlis kali ini, kami turut ditemani rakan-rakan bergendang dari PSSSDM.






Sebelum bermulanya majlis, kami mengalunkan gendang terlebih dahulu sebagai pembangkit suasana persilatan sementara menuggu pesilat-pesilat mengambil tempat.

Jam 9.00 malam permulaan majlis, dimulakan dengan doa, kata-kata aluan dan ucapan diikuti dengan persembahan demi persembahan.  Tugas kami kali ini tak seberat hari semalam kerana dibantu oleh rakan-rakan bergendang dari PSSSDM.  Kami bergendang bergilir-gilir di setiap persembahan silat.  Di akhir persembahan penutupan gelanggang, kami mengubah formasi kedudukan bergabung bergendang bersama-sama.

Selesai persembahan silat, acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada ahli-ahli PSSSDM.  Seterusnya kami bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli PSSSDM sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai.

:::Jutaan terima kasih kepada warga Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar dalam kesudian menjemput kami bergendang di Majlis Penangguhan Gelanggang pada kali ini.

Pautan di FB:
http://www.facebook.com/pages/Kumpulan-Gendang-Lawi-Merah/138431839560859 


Wassalam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP