Powered by Blogger.

Tuesday, April 8, 2014

Majlis Semarak Perpaduan 2014

Tarikh : 04.04.2014
Tempat : Padang Bukit Mor, Muar, Johor.

             Assalamualaikum. Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah menerima jemputan untuk mengiringi pesilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar yang bergabung tenaga bersama-sama Persatuan Seni Silat Sendeng yang berada di Negeri Johor dalam Majlis Semarak Perpaduan 2014 di Bukit Mor , Parit Jawa Muar Johor.

           Kami berkumpul seawal jam 8.00 malam bagi mempersiapkan kelengkapan kami untuk bergendang. Seawal jam 8.30 malam kami sampai di tempat majlis itu dan disambut oleh wakil daripada Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar. Tanpa membuang masa kami terus mempersiapkan peralatan kami di tempat yang disediakan dan memulakan permainan kami sebagai salam perkenalan kami kepada semua yang hadir.


           Persembahan kami diteruskan lagi dengan mengiringi pesilat membuat persembahan mereka di majlis ini. Pelbagai cara permainan yang menarik ditunjukkan oleh semua pesilat dari awal sehingga akhir majlis ini. Persembahan kami tamat selepas selesai sahaja persembahan istiadat penutupan gelanggang dari salah seorang guru persilatan itu.

 
Bersama-sama YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Muar

          Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuaan Seni Silat Sendeng Daerah Muar kerana sudi menjemput kami mengiringi persembahan mereka dalam majlis ini. Segala kesulitan yang dihadapi, pihak kami menyusun sepuluh jari ampun dan maaf. Sekian

Yang Terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah
5. Muhammad Shahnazryn Bin Samsudin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP