Persembahan Sempena Sambutan 100 tahun Sek. Keb. Seri Menanti, Muar
30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Satu sambutan sempena jubli intan (ke-100 tahun) bagi Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar telah diadakan dan kami dijemput untuk mengiringi persembahan Silat Sendeng Malaysia dengan memainkan irama Tari Inai, Pahlawan dan Lagu Berjalan.

Pada awalnya kami dijangka untuk mengiringi persembahan silat pada jam 9.30 pagi, tetapi ditunda hingga jam 11.30 pagi kerana kami turut diiringi irama rintikan hujan dan dentuman guruh. Maka persembahan silat ditunda sehingga selesai perasmian majlis berkenaan.
Persembahan silat diteruskan lagi dengan tarian bunga pedang dan juga lela sembah sebagai penutup bagi persembahan kebudayaan diiringi dengan gendang lagu berjalan. Selesai majlis kami dihidangkan jamuan dan bersurai.
0 comments:
Post a Comment