Powered by Blogger.

Monday, March 31, 2014

Majlis Walimatulurus di Senggarang Batu Pahat, Johor




Tarikh : 29 Mac 2014
Tempat : Senggarang Batu Pahat , Johor


          Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah (KGLM) menerima tempahan untuk membuat persembahan di majlis walimatulurus di kawasan kampung Senggarang Daerah Batu Pahat, Johor. Persembahan kami juga adalah untuk mengiringi pasukan persilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar.

         Seawal jam 10.30 pagi kami berkumpul bagi memastikan segala kelengkapan kami untuk dibawa berada di dalam keadaan yang sempurna. Kami memulakan perjalanan pada jam 11.00 pagi dan tiba di rumah tuan rumah seawal 12.00 tgh. Ketibaan kami disambut oleh tuan rumah dengan penuh mesra. Tanpa melengahkan masa kami bersiap - siap untuk persembahan kami .

        Persembahan kami bermula sewaktu ketibaan pasangan raja sehari. Persembahan kami awalnya adalah bagi mengiringi persilat-persilat yang membuat persembahan. Tamat sahaja persembahan persilat, kami meneruskan lagi persembahan kami dengan memainkan beberapa buah lagu bagi memeriahkan lagi suasana persekitaran majlis tersebut.

                              

                              

                                        

       Persembahan kami selesai pada jam 4.30 petang. Sebelum pulang, sempatlah juga kami menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Ribuan terima kasih dari kami buat tuan rumah kerana sudi menjemput kami membuat persembahan bagi menjayakan majlis ini. Kami umpama orang baru disitu ingin memohon maaf sekiranya ada yang terkurang dari pihak kami. Sekian .


Yang Terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah
5. Muhammad Shahnazryn Bin Shamsudin

1 comments:

Unknown April 3, 2014 at 7:29 PM  

Ribuan terima kasih kepada pesilat2 dan kumpulan Lawi Merah kerana menjayakan majlis kami.. pengantin lelaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP