Majlis Walimatulurus di Bukit Pasir .
Tarikh: 22 May 2013
Tempat: Bukit Paasir , Muar Johor .
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang dan mengiringi persilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Ledang di majlis Walimatulurus di Bukit pasir Muar. Kami memulakan perjalanan pada jam 11.00pagi . Setibanya kami di majlis , kami disambut oleh tuan rumah dan tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang . Selesai persiapan , kami memulakan salam perkenalan dengan memainkan beberapa buah lagu . Selepas itu , persilat-persilat mula mengambil tempat untuk memulakan acara mereka .
Tepat jam 2.00petang , kami berhenti seketika dan mengambil tempat untuk persediaan perarakan mengiringi pengantin . Kami memulakan paluan mengiringi pengantin dengan perarakan persilat-persilat . Setibanya di rumah pengantin , kami meneruskan paluan untuk mengiringi persilat-persilat yang membuat persembahan . Pelbagai aksi yang menarik dapat ditunjukkan oleh persilat .
Kami tamat bergendang kira-kira dalam jam 4.00petang . Peserta pesilatan juga sudah sampai kesudahan persembahan mereka . Sesudah tamat , kami dijemput menjamu selera dengan hidangan yang di sediakan .
Selesai sudah aktiviti pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis tersebut dengan Persembahan dari Persatuan Seni Silat Sendeng Cawangan Ledang.
Wasalam ..
0 comments:
Post a Comment