Powered by Blogger.

Tuesday, June 11, 2013

Majlis Walimatulurus di Simpang Baba , Muar

Tarikh: 14 April 2013
Tempat: Kampung Simpang Baba, Muar Johor .

    Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang dan mengiringi sekali lagi persilat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Cawangan Muar di Majlis Walimatulurus di Kampung Simpang Baba , Muar . Kami memulakan perjalanan pada jam 11.00pagi . Setibanya kami di majlis , kami disambut oleh ahli keluarga tuan rumah dan tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang . Sesudah kami bersiap dan perlatan telah di selaraskan , kami memulakan salam perkenalan kami dengan bermain beberapa buah lagu .

persiapan memulakan permainan

                                    
memulakan dengan bermain beberapa buah lagu
                                         
    Selesai kami bermainkan beberapa buah lagu , kami berhenti seketika untuk menantikan ketibaan pesilat-pesilat dari  Persatuan Seni Silat Gerak Lincah untuk meneruskan lagi atucara majlis yang telah disusun . Sebaik tibanya persilat-persilat , kami mengambil tampat semula untuk meneruskan permainan kami . Pesilat-pesilat mula memasuki gelanggang yang disediakan untuk membuat persembahan sementara menunggu ketibaan raja sehari . Kami juga dijemput oleh persilat dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah untuk membuat persembahan silat.

    Tepat jam 1.00petang , rombongan raja sehari telah sampai . para pesilat mengambil tempat untuk mengiringi pengantin . Pesilat-pesilat meneruskan dengan membuat persembahan silat pengantin dengan iringan paluan gendang dari kami . Setelah selesai , pesilat meneruskan lagi dengan persembahan mereka . Perbagai aksi-aksi yang menarik dan mengerikan dapat dipersembahkan di majlis terebut dan kami terus mengiringai mereka.


persembahan pesilat
persembahan wakil dari Lawi Merah
persembahan silat pengantin
aksi persilat
aksi ngeri yang dipersembahkan
                                   
                                        
    Kami tamat bergendang kira-kira dalam jam 3.00petang . Peserta pesilatan juga sudah sampai kesudahan persembahan mereka . Sesudah tamat , kami dijemput menjamu selera dengan hidangan yang di sediakan bersama peserta pesilatan .

    Selesai sudah aktiviti pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dengan persembahan dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Cawangan Muar.

Wasalam ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP