Majlis Walimatulurus di Sentul, Kuala Lumpur
Tarikh: 4 Mei 2013
Tempat: Sentul, Kuala Lumpur
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang di Majlis Walimatulurus di Sentul, Kuala Lumpur. Kami memulakan perjalanan pada jam 7.00pagi .Semasa didalam perjalanan sempatlah juga kami singah di RNR untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan. Setibanya kami di majlis , kami disambut oleh tuan rumah dan dapat lah kami berjumpa bersama kumpulan gendang yang lain iaitu dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi , Kumpulan Gendang Arya Putra dan Kumpulan Gendang Sekawan Bintang .
Sementara menunggu rombongan raja sehari tiba , sempatlah jua kami berkumpul bersama untuk persiapan menyambut rombongan pengantin . Setibanya rombongan , Kami dan kesemua kumpulan gendang bergabung untuk mengiringi pengantin . Majlis diteruskan lagi dengan persembahan silat dari pesilat di kawasan tersebut dan sempatlah jua wakil-wakil dari kumpulan gendang untuk mempersembahkan persilatan mereka .
Kami sewaktu berkumpul bersama |
berarak bersama mengiringi pengantin |
berarak bersama mengiringi pengantin |
persembahan oleh pesilat |
Selepas selesai mengiringi pengantin dan persembahan dari pesilat-pesilat , kami semua bergerak ke tempat bergendang yang telah disediakan untuk memulakan persembahan . Kami semua bergilir-gilir bermain mengikut kumpulan dan adakalanya kami bergabung kumpulan .
Kami semua tamat bergendang kira-kira dalam jam 4.00petang . Sesudah tamat , kami dijemput menjamu selera dengan hidangan yang di sediakan . Sebelum berkemas pulang , sempatlah jua kami semua bersama berborak dan dapatlah kami mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.
Selesai sudah aktiviti pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dengan gabungan dari rakan seperjuangan kami dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi , Kumpulan Gendang Arya Putra dan Kumpulan Gendang Sekawan Bintang .
Wasalam ..
0 comments:
Post a Comment