Mengiringi Pesilat di Himpunan Anak Muda 1Malaysia Parliman Pagoh.
Tarikh: 16 Mac 2013
Tempat: SMK Tengku Temenggong Ahmad , Kundang Ulu , Pagoh Johor .
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang dan mengiringi persilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Cawangan Muar dan Ledang di majlis Perhimpunan Anak Muda 1 Malaysia Parliman Pagoh . Kami memulakan perjalanan pada jam 3.00petang . Setibanya kami di majlis , kami disambut oleh guru-guru dari Persatuan Seni Silat Sendeng dan tanpa berlengah lagi kami menyusun peralatan bagi persiapan kami untuk bergendang .
Tepat sahaja jam 4.30petang , kami mengambil tempat untuk bergendang dan peserta pesilatan mula memasuki kawasan padang untuk memulakan persembahan mereka. Tanpa berlengah , kami mermulakan paluan gendang dan tiupan serunai bagi manaikkan lagi semangat anak-anak persilat ini. Peserta persilatan memulakan salam perkenalan mereka dengan menunjukkan permainan seni tari mereka. Pelbagai aksi menarik juga dapat ditunjulkan oleh pesilat dan kami meneruskan bergendang mengiringi mereka.
![]() |
mengiringi persilat |
![]() |
mengiringi persilat |
![]() |
Salam perkenalan dari pesilat. |
Aksi yang ditunjukan oleh pesilat |
Aksi yang ditunjukan oleh pesilat. |
![]() |
bergambar bersama pesilat |
Selesai sudah aktiviti pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Seni Silat Sendeng kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Wasalam ...
0 comments:
Post a Comment