Powered by Blogger.

Monday, January 14, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang 2012 MERS 999

Tarikh :    8 Januari 2013

Tempat :  Holiday Inn Hotel, Melaka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Pembuka tirai persembahan bagi tahun 2013, Kumpulan Gendang Lawi Merah telah menerima undangan untuk membuat persembahan sempena Majlis Anugerah Cemerlang MERS (Malaysia Emergency Response Services) 999.  Persembahan yang berlangsung selama 30 minit untuk memeriahkan lagi tema 750 tahun kegemilangan Melaka dalam menyambut kehadiran tetamu serta dif-dif terhormat.  

Persembahan dari Kumpulan Gendang Lawi Merah 

Perancangan dan perbincangan awal telah dibuat bersama pihak pengajur majlis dalam menyusun atur persembahan yang dikehendaki bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, akhirnya sampai ke tempat yang dituju.  Tanpa membuang masa, persiapan berpakaian gendang, mengambil tempat untuk persembahan dan melaras peralatan dijalankan.  Sempatlah kami menarik nafas lega sementara menantikan detik waktu untuk bermulanya persembahan.

Baru sampai di perkarangan hotel

 Melaras peralatan dan kedudukan

Persembahan kami bermula dengan hanya memainkan lagu-lagu Melayu dalam menghidupkan suasana majlis  bagi menyambut tetamu-tetamu yang hadir.  Lagu demi lagu silih berganti hingga selesai persembahan kami.

Ketika persembahan berjalan


Seterusnya kami, dibawa bersama-sama untuk duduk di dalam dewan bagi menyaksikan acara program seterusnya sambil menjamah sajian juadah yang disediakan hingga selesai keseluruhan majlis.

Selesai persembahan


Dalam perjalanan pulang, sempatlah kami meronda sekitar Bandar Hilir dan singgah minum di Klebang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Muar.  Lebih kurang jam 2 pagi kami selamat sampai ke kediaman masing-masing.

Berakhirlah sudah persembahan pertama kami bagi tahun 2013 pada kali ini.  Jutaan terima kasih kepada pihak pengendali majlis iaitu Cd Advertising Sdn. Bhd. dalam mengundang kami menjayakan lagi Majlis Anugerah Cemerlang 2012 MERS 999.

Sekian, wassalam.




Ahli KGLM terlibat :

Zahir        - Serunai
Fariq        - Gendang Ibu
Taufik      - Gendang Anak
Shah         - Gong
Azim        - Maracas
Lokman    - Tamborine
Syariz       - Tamborine & Photographer

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP