Powered by Blogger.

Wednesday, January 2, 2013

Majlis Khatam Perdana Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar

Tarikh :  22 Disember 2012


Kumpulan Gendang Lawi Merah telah dijemput untuk bergendang di Majlis Khatam Perdana Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar.  Majlis bermula pada jam 9.00 malam dimulakan dengan perarakan memasuki gelanggang.  Kami mendahului perarakkan ahli-ahli persilatan dengan memainkan irama Gendang Lagu Berjalan memasuki gelanggang dan mengambil tempat masing-masing.

Majlis diteruskan hingga acara perasmian disambut dengan paluan irama Gendang Istiadat sebagai selingan menggamat suasana.  Setelah itu, istiadat pembukaan gelanggang dimulakan diiringi irama Gendang Tari Inai.


Majlis diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan silat dari ahli-ahli Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar, dan kami mengiringi persembahan-persembahan tersebut dengan irama Gendang Tari Inai dan Gendang Pahlawan.


Kami turut mempelawa rakan kami dari Persatuan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka secara kebetulan mereka hadir sebagai tetamu jemputan untuk sama-sama bergendang bagi mengiringi aksi-aksi persilatan.  Persembahan-persembahan berterusan hingga jam 11.30 malam, dan diakhiri dengan istiadat penutupan gelanggang untuk Majlis Khatam Perdana 2012, dan berakhirlah persembahan kami pada malam ini.




Kami mengemas dan menyimpan kembali peralatan-peralatan sebelum menjamah juadah jamuan yang disediakan sambil berbual rancak dan tanpa disedari hingga jam 1.30 pagi, dan kami beransur pulang.

Jutaan terima kasih kami kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar kerana sudi  menjemput kami menjadi pemain gendang untuk Majlis Khatam Perdana Seni Silat Sendeng Daerah untuk tahun 2012.

Sekian, wassalam.



Ahli KGLM yang terlibat :

Zahir     - Serunai
Taufik   - Gendang Ibu
Farhan  - Gendang Anak
Shah     - Gong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP