Powered by Blogger.

Tuesday, December 18, 2012

Majlis Malam Berinai di Parit Keroma

8 Disember 2012

Tempat : Parit Keroma, Muar

KGLM kali ini bergendang untuk majlis malam berinai di Parit Keroma, Muar.  Majlis bermula selepas Isyak   dan persembahan kami bermula selepas ketibaan pengantin yang diiringi pasukan kompang.  Paluan gendang dimulakan untuk mengiringi persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar bagi menyambut ketibaan pengantin hingga selesai.

Sekali lagi kami bermain untuk mengiringi pengantin masuk ke rumah dan permainan lagu-lagu gendang dimainkan berselang seli dengan mengiringi persilatan hingga jam 10.30 malam dan diakhiri dengan beberapa buah lagu sebelum melabuhkan tirai persembahan KGLM pada kali ini.


Maka, kami berkemas-kemas di samping menjamah juadah jamuan yang disediakan sebelum berangkat pulang.

p/s : Terima kasih kepada tuan rumah di atas jemputan pada kali ini.

Wassalam




Pemain KGLM terlibat :

Syariz - Serunai
Fariq - Gendang Ibu
Zahir - Gendang Anak
Shah - Gong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP