Bergendang Di Hotel Pelangi
Bergambar di lobi hotel sebelum berangkat pulang
23 JUN 2012Kumpulan Gendang Lawi Merah kali ini dijemput untuk mengiringi persilatan dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Muar bertempat di Hotel Pelangi, Muar. Persembahan dijalankan sebagai pembuka tirai sebelum bermulanya Sidang Dialog Melayu Bersatu. Pada jam 9.00 malam, persembahan dimulakan dengan bunyi-bunyian gendang dari KGLM sebagai selingan bagi menghangatkan lagi suasana sebelum bermulanya persembahan silat. Alunan bergendang berterusan hingga tamatnya keseluruhan persembahan silat. Selesai tugas, kami turut mendengar sedikit sebanyak ceramah yang dibentangkan sebelum berangkat pulang.
::: Terima kasih kepada NGO Belia Maharani kerana menjemput kami membuat persembahan
0 comments:
Post a Comment