Powered by Blogger.

Monday, March 31, 2014

Majlis Walimatulurus di Sengkang Ledang, Johor



Tarikh : 01 Mac 2014
Tempat : Sengkang Ledang , Johor


          Assalamualaikum W.B.T. Kali ini, Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang di Majlis Walimatulurus di Kampung Sengkang Daerah Ledang Johor. Kami berkumpul seawal jam 11.00 pagi bagi memastikan segala persiapan serta kelengkapan kami dalam keadaan sempurna. Tepat jam 12.00 tgh, kami sampai dan disambut dengan salam penuh mesra dari pihak tuan rumah. Kami dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum memulakan permainan kami.



                                     


                                     



       Persembahan kami ini juga adalah bagi mengiringi persilat - persilat yang dijemput oleh tuan rumah iaitu dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar. Persembahan kami bermula sebaik sahaja ketibaan pasangan raja sehari dan disambut oleh paluan kompang. Kami memulakan persembahan dengan mengiringi persilat yang membuat persembahan mereka. Selesai persembahan persilat, kami meneruskan persembahan dengan memainkan beberapa buah lagu bagi memeriahkan lagi majlis ini.


                                   


     Persembahan kami selesai kira kira pada jam 4.30 petang. Sebelum pulang, sempatlah juga kami bergambar bersama persilat serta tuan rumah, Guru Utama Seni Silat Sendeng Negeri Johor, Tn. Hj. Rosmani Bin Abd. Samad, Pegawai Penerangan Seni Silat Sendeng Negeri Johor dan ADUN Gambir iaitu Y.B M. Asojan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan suasana majlis ini. 




Yang Terlibat :

1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP