Powered by Blogger.

Sunday, May 15, 2011

Festival Kesenian Gunung Ledang

Pada 14 Mei 2011, kami dijemput untuk mengiringi persembahan Seni Silat Gerak Lincah Muar dalam menjayakan program Festival Kesenian Gunung Ledang. Seramai 4 orang ahli Kumpulan Gendang Lawi Merah terlibat pada kali ini. Hampir jam 10.00 pagi kami tiba ke lokasi untuk mengambil tempat dan membuat persediaan awal untuk mengiringi persembahan dari pesilat-pesilat Seni Silat Gerak Lincah. Lokasi persembahan kali di Dataran Gunung Ledang Resort.


Dari kiri : Fariq, Zahir, Azim

Dari kiri : Fariq, Rashidin, Azim

Lokasi Persembahan Silat

Wajah-wajah ahli KGLM menunggu giliran untuk beraksi

Acara persembahan silat bermula setelah tamatnya upacara perasmian Festival Kesenian Gunung Ledang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Persembahan dimulakan dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah diikuti Persatuan Silat Panji Putera Ledang, sehingga jam 1.30 petang untuk berhenti rehat menunaikan kewajipan. Ditambah pula keadaan cuaca juga tidak mengizinkan apabila hujan renyai seketika.

Jam 2.30 petang persembahan silat diteruskan lagi secara bergilir-gilir setelah hujan reda. Giliran kami sesi petang bermula selepas persembahan dari Seni Silat Sendeng Malaysia. Kali ini kami terus bermain mengiringi persembahan Seni Silat Gerak Lincah lebih kurang 30 minit. Sesudah itu kami menyaksikan pula persembahan aksi Akrobatik Nusantara dari Seni Silat Gerak Lincah juga. Selesai sudah akrobatik, kami turut dilawa untuk mengiringi persembahan silat dari peserta-peserta gerak tempur Ledang yang berterusan selama lebih kurang 30 minit.

Persembahan dari Seni Silat Sendeng Malaysia


Kumpulan gendang dari Seni Silat Sendeng Malaysia


Aksi tempur persilatan


Akrobatik Nusantara dari Persatuan Seni Silat Gerak Lincah

4.10 petang, tamatlah tugas kami untuk mengiringi persembahan dari 2 persatuan silat. Persiapan berkemas untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman dalam jarak waktu lebih kurang 1 jam.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Persatuan Seni Silat Gerak Lincah kerana memberi kepercayaan kepada kami yang masih baharu untuk mengiringi persembahan mereka dan juga kepada persatuan yang mempelawa kami mengiringi persembahan gerak tempur Ledang.

Andai ada kelemahan dan kekurangan, kami mohon ribuan ampun dan maaf. Wassalam.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP