Powered by Blogger.

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Baru Pada Sesi Belajar Gendang Istiadat 9 & 11 April 2011

9 April 2011
Masa : 4.00 p.m

Seramai 4 orang iaitu Zahir, Taufik, Hazeem dan Lokman yang terlibat kali ini. Kami tiba ke destinasi yg dituju bertempat di Pesantren Nur Fateh. Kali ini kami meneruskan semula pembelajaran Gendang Istiadat bersama Tuan Guru Hj. Mohd Badri bin Rason yang merupakan Guru Utama Pesantren Nur Fatih dan juga Seni Silat Gerak Lincah Muar. Setibanya di sana, guru sedang mengajar murid-muridnya, maka kami pun menunggu di tempat yg disediakan.

Kami sempat menikmati ketenangan suasana di pesantren tersebut yg mungkin jarang kami rasa. Lebih kurang hampir jam 6 guru selesai mengajar dan mengajar kami pula. Guru membawa kami ke tempat beliau mengajar di dalam kawasan itu juga dan kami disuruh mengalunkan rentak asas yang telah diajar beberapa bulan yang lepas. Satu pengalaman baru apabila kami semua menggeletar mengalunkan irama gendang walaupun cuma beberapa orang berada di situ. Selepas itu kami diajar lagi beberapa rentak pukulan gendang istiadat dan irama serunai dgn dicontohkan perlakonan ketika pertabalan. Latihan diteruskan sehingga jam hampir 7.00 p.m. Maka mengundurkan diri untuk pulang. Guru bersetuju untuk mengajar lagi pada hari Isnin 11 April.

11 April 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 p.m.

Lokasi kali ini bertempat di Pusat Rawatan Budi, Muar iaitu salah satu pusat rawatan milik Tuan Guru Hj. Mohd Badri bin Rason. Kami seramai 4 orang menunggu ketibaan guru setelah memaklumkan kepada beliau bahawa kami telah berada di tempatnya. Lebih kurang jam 9, beliau sampai dan kami disuruh mengalunkan irama yg telah diajar beberapa hari yg lepas. Setelah berpuas hati beliau menambah lagi beberapa irama rentak gendang dan serunai. Kami juga diperkenalkan dgn satu alat lagi seperti serunai yg diperbuat dari tembaga tetapi 2 kali ganda lebih panjang dan tiada lubang untuk not serta tiada lidah.

Ketika itu, saya cuba meniup tetapi tidak mengeluarkan bunyi. Satu lagi pengalaman baru untuk cuba meniup alat berkenaan, dan ternyata amatlah sukar. Oleh kerana kekurangan ahli, maka alat tersebut tidak digunakan untuk sementara. Menurut beliau banyak lagi peralatan yg perlu untuk permainan gendang istiadat, peralatan kami juga tidak bersesuaian. Mungkin kerana hajat untuk belajar, maka beliau mengajar irama gendang istiadat dengan peralatan yg kami ada. Banyak lagi sambungan rentak gendang istiadat yg perlu dibelajar dan beliau sedia mengajarnya. Jam 10.30 p.m. kami bergerak pulang kerana beliau mempunyai urusan yg lain. Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana didorongkan kami untuk belajar satu lagi kesenian Melayu yg jarang didengari masyarakat. Jutaan terima kasih kepada guru kerana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu gendang istiadat bersama kami serta terima kasih juga di atas dorongan, sokongan dan galakan dlm membangkitkan semangat ahli KGLM.

p/s: takde gambar yg diambil kerana tidak terlintas untuk bergambar waktu itu

"Tuntutlah seberapa banyak ilmu persilatan dan pergendangan kerna pasti ramai kenalan, usah dicampur adukkan kerna masing-masing punya keunikan dan kelebihan, bernaunglah di bawah kalimah syahadah kerna di situ adanya persaudaraan dan persamaan"

Wassalam....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP