Powered by Blogger.

Tuesday, April 12, 2011

Kursus Singkat Irama Gendang Silat Aliran Utara 18 & 19 Mac 2011

Ahli-ahli KGLM mengikuti kursus gendang silat aliran utara yang berlangsung selama 1 hari 2 malam bertempat di perkarangan rumah salah seorang ahli KGLM iaitu Saudara Taufik di Parit Nipah, Parit Jawa, Muar, Johor. Tenaga pengajar terdiri dari salah seorang ahli Kumpulan Gendang Gemala Kasturi iaitu En. Khairul Hafiz bin Abd. Rahman yang sudi hadir untuk mengajar dan mengembangkan irama gendang silat aliran utara di selatan semenanjung ini. Seramai 7 orang ahli mengikuti kursus singkat yg telah diadakan dalam mempelajari alunan irama gendang silat aliran utara yang dipanggil 'lagu berjalan'.

18 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 p.m.

Kami menyambut ketibaan tenaga pengajar iaitu En. Khairul Hafiz dan turut menyambut ketibaan ahli-ahli dari Kumpulan Gendang Arya Putra dari Melaka dan juga Guru dari Persatuan Silat Gerak Tepat yg kami panggil Abg Aziz yang turut hadir untuk menyertai majlis pada malam tersebut. Tidak lupa juga sahabat persilatan dari Persatuan Seni Silat Sendeng iaitu En. Azam, En. Azuan dan En. Masrizal turut sama hadir menyertai majlis. Majlis bermula dengan paluan gendang di antara kami dan juga rakan seperjuangan dari Kumpulan Gendang Arya Putra.

Pada malam tersebut kami diajar asas gendang 'lagu berjalan' dengan beberapa 'buah' dan 'selak'. Alunan irama gendang bergema hinggalah jam 12 a.m. dan tamatlah majlis pada malam tersebut.

19 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 a.m

Kami mula berlatih permainan gendang dan juga serunai berterusan hingga ke waktu Zohor. Kami diajar lagi beberapa 'buah' dan 'selak' pada sesi petang dan latihan diteruskan hingga ke waktu malam.

Sesi malam latihan diteruskan tanpa henti hingga jam 11.30 p.m. Kami turut dikunjungi oleh Pengerusi Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar iaitu En. Nazmi b. Abu Bakar dan jurulatih-jurulatih yang turut memberi galakan dan dorongan dalam mempelajari gendang silat aliran utara. Di akhir latihan kami diberi kata-kata semangat dan dorongan dari tenaga pengajar iaitu En. Hafiz dalam menghidupkan kembali kumpulan gendang persilatan yg kias pupus.

Sebelum pulang, kami sempat bergambar utk kenang-kenangan bersama-sama tenaga pengajar dan juga jurulatih-jurulatih dari Persatuan Seni Silat Sendeng.

Berdiri dari kiri : Masrizal, Rizal, Fariq, Rashidin, Fikri, Luqman, Hazeem
Duduk dari kiri : Reezuan, Azuan, En. Ahmad Rashid, En. Nazmi, En. Khairul Hafiz, Zahir, Taufik

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada tenaga pengajar En. Khairul Hafiz di atas kesudiannya mengajar kami. Begitu juga sahabat dlm persilatan yg memberi sokongan. Segala kekurangan dan kesilapan kami pohonkan ribuan ampun dan maaf.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP