Powered by Blogger.

Wednesday, July 9, 2014

Majlis Perasmian Gelanggang Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Cawangan Pagoh

Tarikh : 22.06.2014 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Persatuan Seni Silat Gerak Lincah Cawangan Pagoh, Rumah Rakyat Pagoh.

  Assalamualaikum. Kali ini kami mendapat undangan daripada persatuan yang tersebut untuk mengiringi majlis perasmian gelanggang persatuan tersebut. Kami berkumpul seperti biasa pada jam 6.30ptg dan bertolak ke destinasi yang kami tuju pada jam 7.00mlm. Kami tiba pada jam 7.45mlm dan terus menuju ke salah sebuah masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat maghrib. Tepat jam 8.30mlm kami tiba di gelanggang tersebut dan terus membuat persiapan.

 Sebelum ketibaan perasmi, kami berkesempatan memainkan beberapa lagu bagi memeriahkan suasana majlis tersebut. Pada jam 9.30mlm, kami mengiringi perasmi ke gelanggang bagi meneruskan acara yang telah disusun. Persembahan kami diteruskan selepas upacara perasmian dijalankan sehingga selesai majlis.

Pesilat bersiap di dalam gelangang.
Menanti ketibaan perasmi.
Kami berhenti membuat persembahan pada jam 11.00mlm. Sebelum pulang sempatlah juga kami menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan tersebut.

Bergambar bersama guru-guru Silat Gerak Lincah.
Bergambar bersama YB Datuk Dr Saharudin (ADUN Jorak)


Yang terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Taufik Bin Ramli
3. Muhammad Shariz Bin Salleh
4. Muhammad Fariq Bin Abdullah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP