Powered by Blogger.

Wednesday, July 9, 2014

Majlis Menjelang Ramadan Al-Mubarak 1435H

Tarikh: 25.06.2014 (Rabu)
Tempat : Laman Alamjaya, Parit Bulat Muar Johor.


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah (KGLM) menerima jemputan untuk mengiringi TYT Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid B. Syed Jaafar Albar ke pentas utama dan juga disertai oleh empat orang pesilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Ledang. Kami bersama pesilat berkumpul seawal jam 7.30mlm dan bertolak ke destinasi pada jam 8.00mlm. 


Setibanya di majlis tersebut, kami disambut oleh wakil pengurusan majlis dan diberi sedikit taklimat mengenai perjalanan majlis tersebut. Tepat jam 9.00mlm, ketibaan tertamu kehormat disambut dengan paluan gendang dari kami. Selesai mengiringi tetamu, kami dijemput menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 9.30mlm. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan tersebut.


Yang terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfoz
2. Muhammad Shariz Bin Salleh
3. Muhammad Shahnazryn Bin Samsudin
4. Muhd Amirul Syafiq Bin Mohd Harun

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP