Majlis Walimatulurus di Tanjung Agas Muar, Johor
Tarikh : 08. 03. 2014
Tempat : Tanjung Agas Muar, Johor.
Assalamualaikum w.b.t . Kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah dijemput bergendang di Majlis Walimatulurus di Tanjung Agas Muar, Johor. Kami berkumpul seawal jam 11.30pagi bagi memastikan segala persiapan serta kelengkapan kami dalam keadaan sempurna. Tepat jam 12.00tgh kami sampai dan disambut dengan salam penuh mesra dari pihak tuan rumah.Sesampai sahaja kami dibawa ke tempat kami untuk bergendang nanti.
Persembahan kami juga adalah untuk mengiringi sekali lagi persilat dari Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar. Setibanya pasangan raja sehari, kami memulakan persembahan dengan mengiringi persilat yang sedang membuat persembahan. Setelah selesai persembahan persilat, kami meneruskan persembahan kami dengan memainkan beberapa buah lagu lagi bagi memeriahkan majlis ini.
Persembahan kami tamat pada jam 4.00 petang. Sebelum pulang, sempatlah juga kami menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Riduan terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kamai bagi memeriahkan majlis ini.
Yang Terlibat :
1. Mohd Zahir Bin Mahfudz
0 comments:
Post a Comment