Walimatulurus di Rembau, Negeri Sembilan
Bismillahirrahmanirrahim
18 Jun 2011
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan
8.00 pagi
Kami bertolak ke Bakri, Muar iaitu tempat yang dijanjikan untuk berkumpul bersama-sama ahli dari Persatuan Seni Silat Sendeng Muar untuk berkonvoy ke Negeri Sembilan.
9.00 pagi
Kami bertolak ke Rembau dan ketika perjalanan singgah di RNR Ayer Keroh arah utara untuk bersarapan pagi. Dapatlah kami mengalas perut dahulu sebelum sampai ke Rembau.
11.45 pagi
Sampai ke destinasi, kami dimaklumkan program bermula pada jam 1.30 petang. Dapatlah kami berehat sebentar di surau berhampiran sebelum bersalin pakaian dan mengambil tempat untuk bergendang.
1.00 petang
Kami mengambil tempat untuk bergendang dan 'tunning' peralatan. Sedikit aksi 'memanaskan badan' dengan memainkan irama Gendang Lagu Berjalan dan Tari Inai. Sementara menunggu ketibaan 'Raja Sehari' sempatlah kami bergambar kenang-kenangan bersama-sama guru-guru dan jurulatih-jurulatih dari Seni Silat Sendeng Muar.
1.30 petang
Kedengaran paluan kompang yang mengiringi pengantin, maka bermulalah tugas kami memalu gendang untuk menyambut ketibaan pengantin dengan alunan irama Gendang Lagu Berjalan. Selepas itu, kami memainkan irama Gendang Tari Inai dan Pahlawan untuk mengiringi aksi-aksi persilatan. Alhamdulillah...kali ini kami turut dibantu 'otai2' dari Seni Silat Sendeng Muar yang sudi bersama-sama kami bergendang bagi merancakkan lagi irama gendang silat hingga tamatnya semua acara persembahan silat.
3.30 petang
Peralatan-peralatan gendang dikemas dan disimpan, tibalah masa untuk kami menjamah juadah yang disediakan. Setelah itu, kami berehat di surau berhampiran sebelum pulang semula ke Muar.
Terima kasih kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar kerana mempelawa kami bersama-sama untuk bergendang mengiringi persembahan silat.
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment