Powered by Blogger.

Monday, June 13, 2011

Kem Gendang Silat (11 & 12 Jun 2011)


10 Jun 2011

9.00 malam
Kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur seramai 5 orang. Perjalanan yang mengambil masa lebih 2 jam. Keadaan lalulintas juga lancar dan cuaca yang elok memudahkan lagi perjalanan kami. Kami tiba di plaza tol Sungai Besi lebih kurang jam 11 dan menunggu tenaga pengajar iaitu En. Khairul Hafiz untuk membawa kami pulang ke rumahnya untuk kami menginap selama beberapa hari.





Sebelum sampai ke tempat penginapan, kami di bawa ke sebuah restoran 'mamak'. Di sini kami diperkenalkan dengan beberapa lagi ahli KGGK iaitu Cikgu Ramli dan Abg Shahrul. Sempatlah kami menjamah roti canai sebelum berangkat ke tempat penginapan.

11 Jun 2011
Sebelah pagi kami diberi taklimat dan penerangan secara teori perihal permainan gendang silat oleh ahli KGGK iaitu En. Khairul, En. Shahrul dan Cikgu Ramli hingga jam 11.30 pagi lalu kami terus di bawa ke lokasi untuk bermain gendang.

Sesi pembelajaran dan latihan diteruskan di mana pemain gendang KGLM dilatih dan diajar oleh En. Shahrul dan pemain serunai dilatih dan diajar oleh Cikgu Ramli dan juga En. Khairul. Kami dilatih berterusan sehingga jam 2.30 petang lalu program ditangguhkan untuk rehat makan tengah hari dan solat Zohor.

Program diteruskan lagi pada jam 3.30 petang berterusan sehingga jam 6.00 petang. Kami diajar lagi beberapa buah dan selak dalam permainan gendang, begitu juga serunai, diajar teknik-teknik mengawal bunyi serunai dan juga diperhaluskan lagi lagu-lagu yang telah dipelajari sebelum ini.

Sesi malam, kami dibenarkan rehat kerana telah bertungkus lumus berlatih di waktu siang, maka dapatlah kami bersiar-siar di sekitar Cheras. Lebih kurang jam 12.00 malam kami pulang semula ke tempat penginapan untuk tidur. Ternyata penat bergendang di waktu siang menyenyakkan kami tidur.

Ketika bersiar-siar sekitar Cheras


Keletihan


Kepenatan



12 Jun 2011
Program diteruskan lagi pada jam 10.00 pagi, kami terus diasak dengan latihan berterusan hingga ke petang. Kami diajar lagi beberapa buah dan selak dalam permainan gendang dan diperhalusi lagi lagu-lagu untuk serunai. Tidak terkecuali juga untuk pemain gong, diterangkan juga peranan-peranan penting untuk pemain gong.

Jam 3.00 petang, program berakhir sudah dan kami semua di bawa ke rumah En. Shahrul untuk jamuan hari terakhir bagi kem gendang kali ini.


Sesi bergambar KGLM bersama-sama sifu-sifu.

Jam 5.00 petang, kami pulang semula ke penginapan kami untuk berehat dan bersiap-siap untuk pulang. Selepas Maghrib kami beransur pulang ke Muar. Terima kasih kami ucapkan kepada En. Khairul yang memberi izin kami menumpang di rumahnya untuk kami menginap selama 2 hari 2 malam. Terima kasih juga kepada En. Shahrul yang menyediakan jamuan untuk kami di akhir program Kem Gendang Silat.

Terima kasih kepada ahli KGGK iaitu Cikgu Ramli, En. Khairul dan En. Shahrul yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mengajar Gendang Silat Aliran Utara kepada kami.

Kita akan berjumpa lagi, insya Allah....

Wassalam


Pautan Kisah Kem Gendang Silat 1 :
http://gemalakasturie.blogspot.com/2011/06/kem-gendang-silat-1.html

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP