Majlis Walimatul Urus di Kampung Kurnia, Johor Bahru
9 Julai 2011
Tempat : Kg. Kurnia, Johor Bahru
Tugas kali ini, kami menerima jemputan untuk bergendang di kediaman Hj. Aris bin Hj. Sulong (bapa saudara kepada Muhammad Taufik) bagi meraikan majlis perkahwinan anakandanya di Johor Bahru.
Tempat bergendang yang telah disediakan
Kami bertolak seawal jam 10 pagi dan sampai pada jam 12.45 tengah hari di Johor Bahru. Kami bersyukur kerana lalulintas pada waktu itu berjalan lancar dan tiada halangan merintang. Setelah tiba ke lokasi, kami menyusun peralatan di tempat yang disediakan dan sempatlah menjamah juadah yang disediakan dan berehat sementara menantikan kehadiran pasangan raja sehari.
Menantikan ketibaan pengantin
Jam 2 petang, kami mula bergendang untuk persembahan silat pengantin sebelum pengantin bersanding di pelamin. Kami menyambung kembali bergendang ketika majlis makan damai dan berterusan hingga jam 4.00 petang. Maka, selesailah tugas kami bergendang pada kali ini.
Kami berehat sebentar dan menikmati juadah sekali lagi sebelum berangkat pulang ke Muar pada jam 7.00 malam.
Menikmati juadah sambil bersantai di rumah pengantin sebelum pulang
p/s: Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah iaitu Tn. Hj. Aris bin Hj. Sulong di atas layanan istimewa dan juga sudi menjemput kami untuk bergendang di majlis perkahwinan anakandanya.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment