Powered by Blogger.

Friday, June 10, 2011

Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam (Hari Ke-2)

5 Jun 2011
Lokasi : Melaka Mall

Kami telah dimaklumkan pada hari semalam bahawa program seterusnya akan bermula awal jam 10.00 pagi.


Jam 8.00 pagi, kami bertolak ke Melaka awal supaya perjalanan menjadi tidak tergesa-gesa. Walaupun penat semalam masih terasa, kami gagahkan jua. Kami tiba di Melaka lebih kurang jam 9 pagi, maka sempatlah kami bersarapan dulu di sekitar Bukit Katil, Melaka sementara mengisi ruang waktu sebelum bermulanya acara.

Jam 10.00 pagi, setelah siap mengambil tempat dan kedudukan, bermulalah tugas-tugas kami bergendang mengiringi persembahan-persembahan silat sehingga jam 1.00 petang di mana program ditangguhkan bagi menghormati waktu Zohor.

Jam 3.00 petang, kali ini kami dibantu sahabat-sahabat kami dari Kumpulan Gendang Lela Rentaka. Mereka 'memanaskan badan' terlebih dahulu dengan bermain untuk selingan bagi mengisi ruang-ruang waktu sebelum bermulanya acara persembahan silat. Sebaik bermulanya acara persembahan silat, kami bergabung tenaga bersama-sama memalu gendang dan serunai. Ternyata keserasian di antara kami tidak mendatangkan bunyi yang janggal walaupun belum pernah bersua apatah lagi bergendang bersama-sama sebelum ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang turut sudi 'turun ke padang' dan membantu kami dalam bergendang mengiringi pesilat-pesilat. Permainan berterusan hingga jam 4.30 petang dan ditangguhkan hingga jam 5.00 petang untuk peserta-peserta menunaikan solat Asar.

Aksi bergendang dari Kumpulan Gendang Silat Lela Rentaka


Jam 5.00 petang, program diteruskan semula. Tinggal hanya satu pasukan saja untuk membuat persembahan. Kali ini kami bergendang bersendirian setelah Lela Rentaka beransur untuk pulang ke penginapan. Kami meneruskan tugas bergendang mengiringi pasukan terakhir. Tugas kami masih terus berjalan untuk mengiringi acara penutupan gelanggang. Setelah itu, kami akhiri dengan 'gendang lagu berjalan' sebagai selingan dan penutup tirai bagi tugas kami di Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam 2011.

Jam 6.00 petang, kami mula mengemas peralatan dan bersiap sedia untuk pulang ke Muar. Namun hasrat untuk terus pulang kami tangguhkan dahulu kerana keadaan yang lapar. Kami terus menuju ke bandar Melaka dan terus singgah di Klebang untuk menjamu selera di waktu senja. Selepas itu, kami bersiar di sekitar Bandar Hilir dan singgah sebentar di penginapan rakan-rakan persilatan untuk berehat. Lebih kurang jam 12.00 pulang kami berangkat pulang ke Muar.

Satu pengalaman yang mahal bagi kami kerana dapat bergendang untuk festival yang besar turut dihadiri peserta-peserta dari negera-negara lain selain Malaysia seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Terima kasih kepada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Saudara Abu Huzaifah dari Kumpulan Gendang Arya Putra dan yang terlibat dalam penganjuran program ini kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bergendang mengiringi persembahan-persembahan silat.

Terima kasih juga kepada Kumpulan Gendang Gemala Kasturi yang membuka 'jalan' untuk kami bermain di Festival Seni Silat DMDI.

Wajah-wajah KGLM selepas tamat tugas bergendang



Antara video aksi-aksi kami bergendang yang kami perolehi dari saudara Abu Huzaifah dari Kumpulan Gendang Arya Putra.


Gendang Lagu Berjalan


Gendang Istiadat untuk acara selingan


Akhir kata, ampun maaf dipinta atas segala kesalahan dan kesilapan. Sekian.
Wassalam.

2 comments:

Batara Batu June 14, 2011 at 1:20 PM  

Adly KGLR~

masih segar dlm ingatan..nanti kite bergendang sama lg k..

Mohd Zahir bin Mahfoz June 24, 2011 at 1:19 AM  

seronok...
insya Allah...kita akan bergendang sama lg nnt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP