Powered by Blogger.

Wednesday, August 3, 2011

Program Penangguhan Latihan Gendang KGLM 2011

27 Julai 2011 (Rabu)

Tempat : Balai Raya, Parit Nipah

Menjelang Ramadan yang kian tiba, latihan gendang bagi Kumpulan Gendang Lawi Merah ditangguhkan sementara waktu bagi menjalani ibadah puasa. Adalah menjadi rutin bagi kami membuat latihan gendang pada setiap minggu bagi mencari dan memperbaiki kesilapan sendiri dalam permainan irama gendang. Maka tibalah masanya kami berehat pula bagi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. Di atas persetujuan semua, kami membuat sedikit program penangguhan latihan gendang. Alhamdulillah...kesemua ahli KGLM hadir bagi meraikan program ini.

Amanat dari Penasihat (En. Mustazam)


Ketua Kumpulan Lawi Merah (En. Taufik) memberi taklimat

Program bermula tepat jam 9.00 malam. Dimulakan dengan bacaan doa, kata2 aluan dan acara seterusnya pada program ini, kami memainkan kesemua irama gendang yang telah dipelajari hingga jam 10.45 malam. Program diteruskan dengan menikmati juadah yang telah disediakan KGLM dan Saudara Taufik & famili. Di akhir program kami bersalam-salaman sebelum bersurai.




Belakang dari kiri : Farhan, Rashidin
Duduk dari kiri : Asri, Shahrir, Taufik, Zahir, Azeem, Luqman, Azamudin
Hadapan : Fariq, Shariz

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dari kami Kump. Gendang Lawi Merah.


p/s: Jumpa lagi selepas raya....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP