Majlis Walimatulurus di Taman Cempaka, Parit Jawa
TARIKH : 27 SEPTEMBER 2014
TEMPAT : TAMAN CEMPAKA, PARIT JAWA, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM
Assalamualaikum.
Pada 27 September 2014 (Sabtu) kami telah bergendang di rumah En. Daud di Taman Cempaka, Muar, Johor. Kami berkumpul pada jam 1100 untuk memperkemaskan pakaian dan menyediakan peralatan muzik kami. Kami bergerak pada jam 1200 tengahari. Tibanya kami di sana, kami disambut oleh wakil tuan rumah. Kami mengisi perut dahulu sebelum memulakan persembahan. Jam 1230 kami memulakan persembahan dengan beberapa buah lagu. Jam 1310 kami berhenti seketika untuk menghormati laungan azan Zohor.
Kami mengiringi pengarakkan pengantin pada jam 1400. Iringan kami diserikan lagi persembahan silat oleh pesilat-pesilat cilik. Kami meneruskan lagi permainan muzik tradisional ini sehingga pukul 1530.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi mengguna khidmat kami.
Sekian terima kasih.
Yang terlibat :
Zahir
Taufik
Fariq
Amirul
5 comments:
Asalamualaikum.. Saya adi..ingin bertanya pihak tuan ada buat kelas gendang? Saya tinggal di johor bahru..terima kasih.
Walaikumussalam. Buat masa ni kami tiada buat kelas gendang, hanya latihan mingguan saja di daerah Muar.
Boleh saya dapatkan atau bagaiman utk dapatkan rakaman audio gendang silat sendeng?
Boleh dapat kan nombor?kompang byk penuh ni..hhahaha
0126206065/0127485175
Post a Comment