3 Mei 2012
Pada kali ini,kami wakil KGLM akan ke Ipoh,Perak bagi memeriahkan lagi majlis walimatul urus sahabat satu aliran bergendang kami.Perjalan memakan masa kira-kira 6 jam dari Muar.Kami bertolak pada pukul 3 pagi dari Muar dan singgah sebentar di kediaman saudara khairul(Gemala Kasturi) di cheras.Jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan ke Ipoh,Perak dan sempat juga kami singgah di r& r rawang untuk sarapan pagi.
sarapan pagi di R&R Rawang
Selamat datang Ipoh
sesi bergendang di awal pagi
Seawal jam 11 pagi kami tiba di Ipoh,sempat juga kami singgah di kediaman salah seorang dari ahli kumpulan gendang lela rentaka,disana saya dapat lihat kemesraan dan sillatulrahim yang terjalin bergitu erat bagaikan `Aur dengan tebing`.Pelbagai cerita dan pengalaman yang dapat kami kongsi bersama mereka.Sekitar jam 12 kami bergerak menuju ke rumah saudara amir,bagi memeriahkan lagi majlis beliau.
kenangan bersama mereka
bergambar sebelum pulang ke Muar
Pelbagi kenangan manis sewaktu kami disana,kepada saudara amir,saya wakil KGLM mengucapkan selamat pengantin baru,sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu.
0 comments:
Post a Comment