Belajar Gendang Di Kuala Lumpur
6 Jan 2012 - Kami bergerak ke Kuala Lumpur dari Muar jam 9.00 mlm dan sampai ke Kuala Lumpur jam 11.30 mlm. Kami telah dijemput oleh Abg Hafiz dan Abg Shahrul dan terus ke restoran mamak untuk minum mlm dan kemudian balik ke rumah Abg Hafiz untuk berehat.
7 Jan 2012 - Sesi pembelajaran bermula jam 9.30 pagi di dewan orang ramai. Kami telah diajar dengan irama baru disamping memperbaiki permainan yang sedia ada. Sesi pembelajaran pada hari ini berakhir jam 6.30 petang dan kami terus pulang ke tempat penginapan untuk berehat. Pada mlm ini seorang lagi ahli kumpulan kami sampai dari Muar iaitu saudara Mohd Zahir.
sesi mendengar amanat dari Cikgu Ramli.....masing - masing khusyuk mendengar amanat.
Bersama Kumpulan Warisan Tebrau
Bersama Kumpulan Sri Tribuana
8 Jan 2012 - Sesi pada hari ini sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dengan memantapkan permainan. Pada jam 11 pagi, sebuah kumpulan gendang dari Johor iaitu Kumpulan Gendang Warisan Tebrau telah singgah ke tempat belajar kami. Mereka dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Pada Jam 4 petang, kami telah dibawa ke Kajang untuk bertemu dengan Kumpulan Sri Tribuana yang menjalankan latihan gendang. Pada hari ini kami berasa sangat gembira dan terasa hilang penat setelah bertemu dengan 2 kumpulan tersebut. Jam 7 malam, kami pulang ke rumah Abg Hafiz untuk bersiap pulang ke Muar.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Kumpulan Gendang Gemala Kasturi yang terlibat khasnya Cikgu Ramli, Abg Hafiz dan Abg Shahrul yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami. Sekian
Pautan cerita dari KGGM :
0 comments:
Post a Comment