Powered by Blogger.

Wednesday, April 29, 2015

MAJLIS WALIMATULURUS DI SEROM 3, LEDANG JOHOR

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah di penghujung bulan April ini kami dapat bersama beraksi sekali lagi bagi memeriahkan suasana majlis walimatulurus di Kampung Serom 3, Ledang Johor Darul Takzim. 

Seawal jam 1030 kami berkumpul bagi mempersiapkan segala peralatan kami untuk persembahan. Dan tepat jam 1100 kami bertolak dan tiba di kampung serom 3 seawal jam 1200. Kami memulakan persiapan kami di kediaman tuan rumah pula sebaik sahaja tiba sebelum kami memulakan persembahan. Persembahan kami bermula dengan memainkan beberapa buah lagu rakyat sebelum menunggu ketibaan pasangan raja sehari untuk dirai. 

Pada jam 1400 ketibaan pasangan raja sehari dan rombongan serta diiringi dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang di kampung ini tiba di kediaman tuan rumah. Sebaik sahaja pengantin tiba, majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan persilatan dan diiringi persembahan mereka dengan alunan paluan gendang dari kami bagi menaikkan semangat dan memberi satu suasana yang menarik dan meriah. Selesai persembahan mereka kami memberi laluan kepada DJ yang bertugas untuk acara seterusnya. Sesudah itu, kami meneruskan lagi persembahan kami dengan memainkan beberapa buah lagu bagi menyambut kehadiran tetamu dan menaikkan suasana sekeliling.

Tepat jam 1600 kami menamatkan persembahan kami di sini. Kami berasa gembira dengan sambutan pihak tuan dan komuniti di kampung ini senang dan terhibur dengan persembahan kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana menerima persembahan dari kami bagi memeriahkan lagi majlis ini. Segala apa kekurangan semasa kami membuat persembahan ini adalah dari kami, dan yang baik itu jua dari Allah SWT. Sekian.

Yang terlibat: 
- Muhd Zahir
- Muhd Taufik
- Muhd Shariz
- Muhd Fitri
- Muhd Nor Azman

Read more...

Tuesday, March 24, 2015

Majlis Walimatulurus

Tarikh : 21 Mac 2015

Tempat : Tanjung Agas, Muar


Assalamualaikum
Persembahan kali ini kami mengiringi pasangan pengantin berarak lalu menuju ke halaman rumah untuk persembahan silat dari Seni Silat Sendeng.  Kami juga turut memalukan paluan gendang ketika persembahan silat ketika makan damai dan juga upacara tepung tawar sebagai selingan.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk membuat persembahan.

Sekian, wassalam

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-----------------------------Ahli Terlibat-----------------------------
Zahir
Taufik
Shah
Azman

Read more...

Sunday, March 15, 2015

Majlis Walimatulurus

Tarikh : 14 Mac 2015

Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 1.


Persembahan pada kali ini, Lawi Merah mengiringi pengantin memasuki dewan serta mengiringi persembahan silat dari Seni Silat Sendeng.

Mengiringi pengantin hingga ke pelamin


Persilatan dengan iringan paluan gendang ketika makan beradab
Ahli terlibat :
Azman
Taufik
Shah
Fitri
Zahir

Read more...

Tuesday, January 13, 2015

Walimatulurus di Parit Tarom, Parit Jawa, Muar

Tarikh : 27 Disember 2014

Tempat : Parit Tarom, Parit Jawa, Muar



Assalamualaikum W.B.T.

Pada hari ini kami menerima jemputan untuk membuat persembahan bagi meraikan pasangan pengantin di Parit Tarom, Parit Jawa, Muar. Setibanya di perkarangan majlis, kami mengambil tempat dan melaraskan peralatan yang menjadi rutin untuk setiap persembahan.  Kami dipelawa untuk menjamu juadah terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan. Sesi 'warm-up' dimulakan sebelum persembahan berjalan seperti yang diatur.




Persembahan bermula selepas Zohor dengan menyambut ketibaan 'Raja Sehari' dan mengiringi persembahan persilatan dari beberapa buah  perguruan. Irama selingan turut dimainkan dalam memenuhi acara majlis sehingga selesai. Maka berakhirlah persembahan kami bagi tahun 2014.








Akhir kata, jutaan terima kasih kepada En. Samsudin Sahat selaku tuan rumah kerana sudi menjemput kami membuat persembahan di majlis anakandanya.
Wassalam.


-
-
-
-
-
-

Ampun dan maaf kami pinta jika terdapat kelemahan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Jumpa lagi di tahun 2015.


SELAMAT TAHUN BARU.

Read more...

Thursday, January 8, 2015

Jemputan Bergendang di Bakri




Tarikh : 27 Disember 2014

Tempat : Bakri Batu 2, Muar
Assalamualaikum. 
Alhamdulillah kali ini Kumpulan Gendang Lawi Merah menerima jemputan bergendang di kampung Bakri batu 2, Muar, Johor dalam meraikan pasangan pengantin dan memeriahkan lagi suasana walimatulurus di kampung ini. Turut bergendang pada kali ini adalah kumpulan gendang dari Melaka yang sudi hadir bersama-sama kami.

Kami tiba di perkarangan majlis pada jam 12 tengahari. Tanpa melengah masa kami mempersiapkan segala peralatan permainan kami untuk persembahan yang bakal kami tunjulkan. Persembahan kami diselangselikan bersama DJ yang bertugas pada waktu itu.
Tepat jam 2.30petang, rombongan pengantin telah tiba dan diarak bersama kumpulan kompang yang terlibat. Persembahan kami diteruskan bagi mengiringi persembahan silat dari komuniti setempat dan mengiringi pengantin untuk masuk kedalam rumah bagi acara seterusnya.
Persembahan kami tamat dalam jam 3.30petang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis ini. 
Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Read more...

Monday, December 29, 2014

Majlis Walimatulurus di Parit Raja, Muar

TARIKH  : 20 DISEMBER 2014

TEMPAT : CHALET BONDA PARIT RAJA MUAR




Bismillahirrahmanirrahim
Aktiviti Kumpulan Gendang Lawi Merah (KGLM) pada kali ini membuat persembahan di Majlis Walimatulurus bertempat di Chalet Bonda Parit Raja Muar bertempat di Jalan Abdul Rahman, Parit Raja, Muar.  Persembahan dimulakan pada jam 1230 dengan permainan pelbagai irama gendang.  Ketibaan raja sehari pula diiringi dengan paluan kompang hingga ke jinjang pelamin.  Persembahan kami diteruskan lagi ketika upacara makan beradab hingga selesai majlis.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput kami mempersembahkan permainan irama gendang.  Mohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan kami di sepanjang majlis tersebut.

Sekian, wassalam.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ahli yang terlibat :
Mohd Zahir
Muhammad Taufik
Shahnazryn
Azman

Read more...

Wednesday, October 1, 2014

Majlis Walimatulurus di Taman Cempaka, Parit Jawa

TARIKH :  27 SEPTEMBER 2014

TEMPAT :  TAMAN CEMPAKA, PARIT JAWA, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM


Assalamualaikum.
Pada 27 September 2014 (Sabtu) kami telah bergendang di rumah En. Daud di Taman Cempaka, Muar, Johor.  Kami berkumpul pada jam 1100 untuk memperkemaskan pakaian dan menyediakan peralatan muzik kami.  Kami bergerak pada jam 1200 tengahari.  Tibanya kami di sana, kami disambut oleh wakil tuan rumah.  Kami mengisi perut dahulu sebelum memulakan persembahan.  Jam 1230 kami memulakan persembahan dengan beberapa buah lagu.  Jam 1310 kami berhenti seketika untuk menghormati laungan azan Zohor.

Kami mengiringi pengarakkan pengantin pada jam 1400.  Iringan kami diserikan lagi persembahan silat oleh pesilat-pesilat cilik.  Kami meneruskan lagi permainan muzik tradisional ini sehingga pukul 1530.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi mengguna khidmat kami.
Sekian terima kasih.

Yang terlibat :
Zahir
Taufik
Fariq
Amirul

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<©>Lawi Merah
Hakcipta Terpelihara

Weblog ini telah dibina mulai 4 April 2011

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Lawi Merah. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.


kumpulangendanglawimerah@gmail.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP